arena

Russia sebelah kaki ke kalah mati

Oleh Reuters

ST PETERSBURG, Russia: Tuan rumah Piala Dunia, Russia semakin hampir untuk mara ke pusingan kalah mati selepas melakar kemenangan 3-1 ke atas Mesir dalam perlawanan kedua Kumpulan A di Stadium Saint Petersburg, sebentar tadi.

Tempat Russia di pusingan kalah mati bakal terjamin jika Uruguay tidak tewas di tangan Arab Saudi dalam satu lagi perlawanan Kumpulan A, malam ini.

Jika Uruguay menewaskan Arab Saudi dengan keputusan 3-0, ia akan memastikan tempat pasukan dari benua Amerika Selatan itu dan Russia ke pusingan kalah mati biarpun berbaki satu perlawanan peringkat kumpulan.

Terdahulu, Ahmed Fathi memberi gol pendahuluan kepada Russia apabila tertampan bola masuk ke gawang sendiri, dua minit selepas babak kedua bermula.

Russia terus mengukuhkan kedudukan apabila meraih gol kedua menerusi jaringan Denis Cheryshev pada minit ke-59 sebelum Artem Dzyuba meledak gol ketiga pasukan itu pada minit ke-62.

Penyerang sensasi Liverpool, Mohamed Salah yang kali pertama beraksi sejak mengalami kecederaan bahu ketika final Liga Juara-Juara bulan lalu menjaringkan gol menerusi sepakan penalti pada minit ke-73.

Disiarkan pada: June 20, 2018 @ 4:12am
d