arena

Yakin boleh Korea Selatan!

Oleh AFP

SAINT PETERSBURG: Korea Selatan belum berputus asa untuk mara ke peringkat 16 terakhir dengan menjadikan pesaing dari Asia sebagai inspirasi menjelang perlawanan penting menentang Mexico pada Sabtu ini.

Tewas pada aksi pembukaan menentang Sweden menyukarkan peluang anak buah Shin Tae-yong dalam Kumpulan F apatah lagi selepas Mexico mencipta kejutan menewaskan pasukan pilihan Jerman.

Jika tewas di tangan Mexico bermakna Korea Selatan boleh melupakan hasrat ke peringkat kalah mati untuk kali ketiga berturut-turut sejak kali terakhir melakukannya pada 2002 ketika mereka menjadi tuan rumah bersama Jepun.

"Kami boleh mara jika percaya kepada pengurus dan beraksi baik dalam dua perlawanan terakhir,” kata penyerang, Lee Seung-woo.

"Sejak kecil saya impi beraksi untuk Korea di Piala Dunia. Pasukan kami tidak mudah menyerah kalah. Pemain kami yakin mampu melakukannya. “Saya yakin kepada rakan sepasukan dan jurulatih.”

Dua pasukan Asia, Iran dan Jepun menang dalam aksi pembukaan menewaskan Maghribi dan Colombia sementara Arab Saudi menjadi mangsa belasahan di tangan pasukan tuan rumah, Russia.

Disiarkan pada: June 20, 2018 @ 10:42pm
d