arena

Serangan kena lebih tajam!

Oleh AFP

MOSCOW: Cristiano Ronaldo berkata Portugal perlu mempertajamkan kualiti permainan mereka pada aksi Piala Dunia selepas kemenangan 1-0 kepada Maghribi dalam saingan Kumpulan B dengan memberikan mereka peluang mara ke pusingan kalah mati.

Penyerang Real Madrid itu menjaringkan gol keempatnya selepas dua perlawanan di Russia sebagai juara Eropah, sekali gus meletakkan pasukan itu di kedudukan teratas kumpulan sebelum perlawanan Sepanyol menentang Iran pada awal pagi ini.

“Saya sangat gembira. Perkara terpenting adalah memenangi perlawanan dan memenangi tiga mata,” kata Ronaldo selepas menjaringkan gol keempat di Moscow.

“Kami tahu jika kami tewas, kami akan terkeluar. Kami tahu Maghribi akan memberikan segala yang mereka ada. Ia adalah mengejutkan pada awalnya kerana mereka sangat kuat.

“Saya berjaya menjaringkan gol, ia adalah baik untuk saya.”

Portugal akan bertemu Iran dalam perlawanan terakhir kumpulan pada 25 Jun ini di Saransk.

“Jangkaan kami adalah meneruskan kerja dan cuba membaiki prestasi dalam peringkat kumpulan,” kata Ronaldo.

“Kami hampir di sana (peringkat kalah mati) dan kemudian kita lihat bagaimana. Kami mahu mengambil pendekatan satu demi satu perlawanan. Kami cuba untuk berada di teratas kumpulan.”

Disiarkan pada: June 20, 2018 @ 11:58pm
d