arena

Iklan 'gila' Burger King dikecam

Oleh AFP

MOSCOW: Burger King memohon maaf susulan iklan menawarkan burger kepada wanita Russia yang berjaya dihamilkan oleh pemain bola sepak sepanjang negara itu menjadi tuan rumah Piala Dunia.

Menerusi promosi dalam laman web makanan segera itu mencadangkan Russia akan mendapat manfaat daripada ‘gen bola sepak’ yang hebat.

“Sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial (kempen), Burger King menawarkan ganjaran kepada wanita yang berjaya dihamilkan oleh bintang bola sepak,” kata Burger King.

“Setiap wanita akan mendapat tiga juga rubles (sekitar $45,000, RM182,000) dan tajaan makanan seumur hidup burger ‘Whopper’. Ia akan memastikan Russia melahirkan pemain masa depan yang hebat.”

Status yang dimuat turun itu berakhir dengan: “Go ahead! We believe in you!” (Teruskan! Kami percaya terhadap anda!).

Burger King bagaimanapun menarik balik tawaran itu dan cuba memohon maaf selepas dikritik pengguna media sosial dan media antarabangsa.

“Kami memohon maaf atas kenyataan berkenaan. Ia amat menyinggung perasaan,” kata Burger King.

Disiarkan pada: June 21, 2018 @ 8:58pm
d