arena

Sembur vanila halau nyamuk

Oleh Reuters

VOLGOGRAD, Russia: Pihak berkuasa di Russia mengambil tindakan menyembur campuran vanila di luar stadium Piala Dunia bagi mengelakkan masalah nyamuk mengganggu perjalanan perlawanan bola sepak di situ, menurut laporan agensi berita TASS.

Pemain England dan Tunisia kelihatan menghalau nyamuk ketika perlawanan pembukaan Piala Dunia pasukan itu di bandar selatan Russia pada Isnin lalu.

Pemain juga menyembur diri mereka dengan semburan penghalau nyamuk sebelum perlawanan dan juga pada rehat separuh masa tetapi tindakan itu dilihat tidak banyak membantu.

Pihak berkuasa berkata pada hari ini, mereka berharap semburan vanila pada pokok dan juga pokok renek di sekitar lokasi diharap mampu menghalang pembiakan nyamuk.

“Ekstrak vanila tidak akan menyebabkan ketidakselesaan di kalangan peminat tetapi ia mampu menghalang daripada nyamuk itu,” kata TASS.

Keadaan sekitar Volgograd dikenali dengan kawasan berpaya dan sungai yang lebar, tempat pembiakan serangga itu pada musim panas dan kering di rantau itu.

Disiarkan pada: June 22, 2018 @ 4:28am
d