arena

'Saya masih percaya pemain saya...'

Oleh AFP

SOCHI, Russia: Jurulatih Jerman, Joachim Loew berkata dia masih mempercayai barisan bintangnya ketika penyandang juara dunia itu bersedia mengharungi perlawanan penting Piala Dunia bertemu Sweden, esok.

Juara Piala Dunia 2014 itu menghabiskan sepanjang minggu untuk cuba memperbaiki krisis selepas kempen untuk mempertahankan trofi mengalami kejutan apabila tewas mengejut 0-1 kepada Mexico.

Tiba di sini dengan mengetahui, bergantung kepada keputusan Mexico menentang Korea Selatan yang beraksi lebih awal, kekalahan akan menyaksikan mereka tersingkir awal daripada kejohanan dengan seri memberi sedikit nafas.

Kekalahan pada aksi pembukaan digambarkan sebagai “memalukan” oleh akhbar utama Jerman, Bild dengan beberapa pemain paling berpengalaman dalam skuad Loew dikritik hebat.

Antara yang menjadi sasaran ialah Mesut Ozil, selain pemain tengah Sami Khedira. 

Mereka antara enam pemain yang masih berada dalam skuad ketika kemenangan di final 2014 kepada Argentina yang disenaraikan dalam kesebelasan utama menentang Mexico.

Tetapi Loew mendedahkan hanya satu prestasi buruk tidak mengubah pandangannya terhadap mana-mana pemainnya.

“Mengapa ia perlu menjadi seperti itu? Kamu semua menjadi subjek kepada kritikan dari sudut prestasi dan ia adalah normal,” kata Loew.

“Tetapi kepercayaan terhadap pemain-pemain ini, yang sudah bermain tiga, empat tahun di pentas tertinggi tidak akan goyah selepas satu perlawanan saja.”

Begitupun, pengendali kelahiran Jerman itu mengakui akan mengubah barisan dalam kesebelasan utamanya.

Disiarkan pada: June 23, 2018 @ 1:48am
d