arena

Andersson hati panas

SOCHI, Russia: Jurulatih Sweden, Janne Andersson menempelak pemain dan staf Jerman di bangku simpanan kerana ‘sengaja memalukan lawan’ ketika mereka meraikan gol kemenangan pada penamat permainan oleh Toni Kroos apabila Jerman menang 2-1 dalam saingan Kumpulan F Piala Dunia, awal pagi tadi.

“Sebahagian pemimpin pasukan Jerman meraikannya dengan berlari ke arah kami dan sengaja mahu memalukan kami dengan menunjukkan pergerakan dan itu yang membuatkan kami terasa meluat dan marah,” kata jurulatih Sweden itu dengan pasukannya pada satu ketika mendahului 1-0.

“Ada ramai orang di bangku simpanan kami yang terasa meluat. Kami bertarung hebat selama 95 minit dan apabila wisel penamat ditiup, anda sepatutnya berjabat tangan dan pergi. Jadi saya sangat sangat marah,” katanya.

“Apa yang saya mahu katakan ialah orang berkelakuan dalam cara yang anda tidak lakukan, anda bersorak ketika anda menang, anda membiarkan lawan untuk berasa sedih, anda tidak melakukan apa yang sepatutnya.”

Sweden dan Jerman masing-masing mengumpul tiga mata dengan pasukan pendahulu, Mexico enam mata menjelang perlawanan terakhir kumpulan. - AFP

Disiarkan pada: June 24, 2018 @ 5:43am
d