arena

Nak pengsan Maradona dibuatnya

Oleh Agensi

ST PETERSBURG: Legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona hampir pitam ketika meraikan kejayaan negaranya melangkah ke pusingan kalah mati selepas menewaskan Nigeria 2-1 dalam aksi terakhir Kumpulan D, pagi tadi.

Maradona, 57, dilaporkan hampir terjatuh dan terpaksa dipapah oleh penyokong sebelahnya sekali gus mencetuskan kebimbangan mengenai tahap kesihatannya.

Wira Argentina yang menjulang Piala Dunia 1986 itu dilihat hampir terjatuh dari tempat duduknya sejurus meraikan kejayaan berkenaan hasil jaringan Marcos Rojo pada minit ke-86.

Sebelum itu, Maradona yang hadir sejak awal turut ligat menari bersama kumpulan penyokong Nigeria di kawasan eksekutif yang dikhaskan.

Dia juga kelihatan begitu teruja ketika meraikan gol jaringan Lionel Messi dengan gaya pelik mirip dracula sambil melakukan tabik hormat.

Disiarkan pada: June 27, 2018 @ 6:46am
d