arena

Terima kasih Korea Selatan!

Oleh Reuters

MEXICO CITY: Ratusan penyokong Mexico berpesta di luar kedutaan Korea Selatan di sini sebagai tanda berterima kasih kepada negara Asia itu yang menewaskan Jerman sekali gus menjamin pasukan mereka melangkah ke pusingan kalah mati Piala Dunia, awal pagi tadi.

Selepas Sweden menewaskan Mexico 3-0, penyokong Mexico memberikan sokongan kepada Korea Selatan yang sebelumnya tersemat kebimbangan betapa kemenangan Jerman bakal menyingkirkan pasukan mereka daripada temasya bola sepak terbesar dunia itu.

Korea Selatan kemudian melakukan kejutan, menewaskan Jerman 2-0 dengan kedua-dua gol berkenaan hadir pada minit-minit terakhir perlawanan sekali gus menyingkirkan bekas juara dunia itu.

Keputusan itu secara tidak langsung membolehkan Mexico menamatkan peringkat kumpulan F di tangga kedua dan meskipun Korea Selatan turut terkeluar, penyokong Mexico berkumpul di kedutaan bagi meraikan kemenangan negara Asia itu.

“Terima kasih, (Korea) terbaik. Mereka terbaik,” kata seorang penyokong Mexico berusia 19 tahun, Gladys Ison sambil mengibarkan bendera Korea Selatan di luar kedutaan negara Asia itu.

Konsul jeneral kedutaan di Mexico, Bjoung-jin Han berkata: “Tidak ada perbezaan antara Mexico dan Korea pada hari ini. Kami meraikan bersama-sama.”

Disiarkan pada: June 28, 2018 @ 5:56am
d