arena

'Tiada pasukan yang tak boleh ditandingi...'

Oleh AFP

KALININGRAD, Russia: Jurulatih Belgium, Roberto Martinez menyifatkan Piala Dunia ‘tidak menghormati bakat individu’ selepas juara bertahan, Jerman tersingkir dari kejohanan itu susulan kekalahan mengejut 0-2 kepada Korea Selatan.

Martinez menguruskan skuad Belgium yang dibarisi ramai pemain bertaraf bintang, tetapi bekas jurulatih Everton itu berkata, kekalahan Jerman membuktikan tiada pasukan yang tidak boleh ditandingi.

“Kami semua tahu bakat yang kami miliki. Ia satu generasi yang boleh dibanggakan, terutama Belgium hanya mempunyai 11 juta penduduk.

“Kami juga mempunyai beberapa pemain yang menakjubkan,” katanya kepada pemberita menjelang pertembungan Kumpulan G dengan England, awal pagi esok.

“Tapi, sayangnya Piala Dunia tidak menghormati bakat individu. Piala Dunia hanya menghormati pasukan yang bekerja keras antara satu sama lain dan bekerja keras sebagai satu pasukan yang mempunyai mentaliti kemenangan.”

Jerman yang tewas dengan dua gol lewat ketika mereka mencari kemenangan di Kazan, menjadi pasukan juara bertahan keempat yang tersingkir di peringkat kumpulan sejak 2002.

Disiarkan pada: June 28, 2018 @ 6:02am
d