arena

Juve tambat Cancelo

Oleh Reuters

TURIN: Juventus sah menandatangani pemain pertahanan, Joao Cancelo daripada Valencia dengan kontrak selama lima tahun selepas melengkapkan perpindahan bernilai 40.4 juta euro (RM 188.7 juta).

Cancelo yang diketepikan daripada skuad Piala Dunia Portugal, dipinjamkan ke Inter Milan pada musim lalu dan sempat membuat 28 kemunculan bersama Nerazzurri.

Pemain berusia 24 tahun itu menjadi pemain kelima dipancing Massimiliano Allegri dalam jendela perpindahan kali ini selepas penjaga gol Mattia Perin, Andrea Favillo (pertahanan) dan Emre Can (tengah).

“Allegri akan mempunyai seorang pertahanan muda yang mempunyai sifat untuk menyerang yang diharap menjadi aset penting pasukan untuk musim baru nanti,” kata Juventus dalam satu kenyataan.

Pemain sayap, Douglas Costa turut melengkapkan perpindahan ke Juventus awal bulan ini dari Bayern Munich selepas melalui tempoh pinjaman yang sempurna di Turin musim lalu.

Disiarkan pada: June 28, 2018 @ 12:38pm
d