arena

Maradona bongkak, bukan contoh terbaik

Oleh AFP

BUENOS AIRES: Legenda Argentina, Diego Maradona sememangnya idola kontroversi, dipuja seperti Tuhan kerana kehebatannya pada Piala Dunia, namun kehidupannya pada pandangan awam terpisah antara rasa hormat dan penipuan.

Legenda berusia 57 tahun itu sekali lagi menjadi tajuk utama di Russia minggu ini apabila dirakam menunjukkan dua jari tengah kepada penyokong ketika kemenangan tipis Argentina mengatasi Nigeria pada saingan terakhir peringkat kumpulan.

“Dia merasakan rasa sayang orang Argentina terhadapnya terlalu hebat, hinggakan dia berkelakuan buruk, orang akan melihat sebaliknya,” kata ahli perniagaan berusia 55 tahun, Bruno Sollner.

Daniel Carballo, 56, bersetuju bahawa Maradona “bukanlah contoh, sekurang-kurangnya buat saya dan kebanyakan rakan dan keluarga, tidak.”

“Ada perkara yang tidak boleh diterima, tetapi dia memang begitu,” kata Carballo.

Negara Amerika Selatan lain menganggap Argentina sebagai angkuh dan kelakuan Maradona yang bongkak dan menunjuk-nunjuk di khalayak tidak menggambarkan persembahan sukar dialami pasukan itu di Russia.

“Dia bongkak, dia hilang kawalan kerana bongkak,” kata Sollner.

Maradona dipuja kerana jaringannya berdepan England pada Piala Dunia 1986, jaringan menipu dilakukan dengan tangan - dia mengatakan ia adalah ‘Tangan Tuhan’.

Satu lagi ketika dia mengatasi lima pertahanan England untuk menjaringkan gol yang disifatkan sebagai terhebat sepanjang zaman.

Disiarkan pada: June 30, 2018 @ 10:49am
d