arena

Sampaoli bukan jurulatih tetapi 'kaki pukul'

Oleh Agensi

ERIC Cantona mengejek Jorge Sampaoli dengan berkata, pengendali itu ‘satu-satunya kaki pukul kelab malam yang tidak boleh menentukan siapa yang boleh masuk atau keluar’, selepas jurulatih Argentina berkenaan dilaporkan hilang kawalan dalam bilik persalinan.

Sampaoli yang menampilkan gaya biasa kaki pukul dengan kepala botak dan tatu penuh di tangan menyaksikan penguasaannya hilang selepas Argentina tewas 0-3 di tangan Croatia pada perlawanan kedua peringkat kumpulan di Piala Dunia.

Ada laporan mengatakan pemain bintang, Lionel Messi yang mengendalikan skuad itu apabila Sampaoli tampak bertanya kepadanya sama ada dia boleh menurunkan Sergio Aguero pada perlawanan penting bertemu Nigeria. 

Dan saat itu tidak terlepas daripada pandangan legenda Manchester United, Cantona yang berperanan sebagai ‘Pesuruhjaya Bola Sepak’ Piala Dunia Eurosport berkata: “Lionel Messi mungkin masih belum bergelar 'The GOAT (Terbaik Sepanjang Zaman), tetapi yang pasti dia adalah ‘jurulatih’.

“Apabila Sampoli meminta kebenaran untuk membawa masuk Aguero, tiada keraguan lagi siapa bos sebenar dalam pasukan.

“Sebenarnya Sampaoli ialah satu-satunya kaki pukul kelab malam yang tidak boleh menentukan siapa yang boleh masuk atau keluar!”. 

Argentina mara ke kelompok 16 pasukan terakhir selepas Marcos Rojo menjaringkan gol kemenangan lewat ketika menentang Nigeria.

Namun, impian mereka berkecai apabila tumbang 3-4 kepada Perancis dalam saingan peringkat 16 terbaik, malam tadi.
Mengulas lanjut, Sampoli mendakwa perbualannya dengan Messi di tepi padang tidak seperti digambarkan.

Disiarkan pada: July 1, 2018 @ 11:46am
d