arena

Ryu raih markah A

Oleh Reuters / AFP

PEMAIN golf Korea Selatan, Ryu So Yeon melakukan birdie pada lubang terakhir dan mendahului tiga pukulan selepas berakhir pusingan ketiga Kejohanan PGA Wanita KPMG, hari ini.

Bekas pemain nombor satu dunia itu berada di landasan tepat untuk meraih gelaran utama buat kali ketiga selepas mencatat lima bawah par 67 di lapangan Kemper Lakes.

Dia melakukan keseluruhan 11 bawah par 205, sementara wakil Kanada, Brooke Henderson mengekori di tempat kedua dengan lapan bawah par ketika saingan tinggal berbaki satu pusingan lagi.

Rakan senegara So Yeon, Park Sung Hyun pula ketiga ketinggalan empat pukulan.

“Selepas sembilan lubang, saya tidak menyangka mampu menjadi pendahulu,” kata Ryu yang cukup berpuas hati dengan prestasinya setakat ini.

“Rasanya, selepas sekian lama, saya boleh memberikan markah A untuk diri sendiri, dan mengenai putting, saya juga boleh memberikan markah A.

“Semuanya menjadi kombinasi yang cukup baik, jadi diharapkan esok ia akan menjadi A++,”

Henderson yang juga juara kejohanan dua tahun lalu dan muncul naib juara tahun lalu, ketinggalan dua pukulan selepas bola pukulannya melencong ke arah pokok pada penghujung aksi.

“Saya sedikit bergelut dengan putter, ia sangat mengecewakan,” katanya yang berada di tangga kedua.

“Saya akan cuba tenangkan fikiran dan melakukan yang lebih baik esok. Kita tunggu, mungkin saya boleh meraih beberapa birdie.”

INFO (Keputusan pusingan ketiga): 

205 - Ryu So-yeon (KOR) 69-69-67

208 - Brooke Henderson (CAN) 67-71-70

209 - Park Sung-hyun (KOR) 66-72-71

210 - Angel Yin 73-69-68 210 Ad

211 - Bronte Law (ENG) 72-70-69

212 - Kim In-kyung (KOR) 73-70-69, Kim Hyo-joo (KOR) 70-72-70, Dani Holmqvist (SWE) 70-71-71, Carlota Ciganda (ESP) 70-69-73,

213 - Feng Shanshan (CHN) 74-72-67, Lindy Duncan 74-71-68, Ko Jin-young (KOR) 73-72-68, Sarah Jane Smith 73-72-68, Ryann O'Toole 73-71-69, Lizette Salas 70-74-69, Amy Yang (KOR) 70-74-69, Ashleigh Buhai (RSA) 72-70-71, Kim Sei-young (KOR) 71-71-71, Jessica Korda 67-75-71, Annie Park 71-69-73, Moriya Jutanugarn (THA) 68-72-73

Disiarkan pada: July 1, 2018 @ 1:48pm
d