arena

Molinari lakar sejarah

Oleh AFP

FRANCESCO Molinari muncul pemain golf Itali pertama selepas 71 tahun memenangi siri PGA Amerika Syarikat (AS) apabila mencatat lapan bawah par 62 pada pusingan terakhir untuk mendominasi kejohanan Quicken Loans National, sebentara tadi.

Manakala Tigers Woods pula berkongsi kedudukan keempat.

Molinari yang muncul naib juara kejohanan PGA tahun lalu, membenam eagle di lubang ke-10, diikuti empat birdie berturut-turut pada pusingan terakhir sekaligus menamatkan 72 lubang dengan catatan keseluruhan 21 bawah par 259 di lapangan TPC Potomac.

"Menakjubkan. Saya beraksi dengan baik hari ini.

"Memulakan saingan daripada sembilan lubang terakhir amat menakjubkan," katanya.

Dia yang berusia 35 tahun muncul pemain Itali pertama memenangi siri PGA AS sejak mendiang Toney Penna yang melakukannya pada di Terbuka Atlanta 1947.

Molinari yang beraksi di Piala Ryder tidak menyertai saingan La Golf National minggu ini, untuk menyertai siri PGA AS.

"Bukan mudah untuk menarik diri daripada Terbuka Perancis. Tapi saya rasa sudah melakukan keputusan yang tepat," katanya.

Pemain AS, Ryan Armour menduduki tangga kedua dengan keseluruhan 267, hanya satu pukulan di depan pemain Korea Selatan, Kang Sung sementara Woods mencatat 269.

"Agak seronok dapat melakukan beberapa birdie. Pencapaian Molinari pula amat menakjubkan," kata Woods.

 

Disiarkan pada: July 2, 2018 @ 10:04am
d