arena

Sampai Cantona pun 'troll' Neymar [VIDEO]

Oleh HM Digital

AKSI pemain Brazil, Neymar 'merintih-rintih kesakitan' ketika perlawanan dengan Brazil, kelmarin mendapat kritikan ramai termasuk bekas pemain Manchester United dan Perancis, Eric Cantona.

Dalam video kira-kira tiga minit itu yang dimuatnaik Eurosport, Cantona memperli pemain itu dengan menunjukkan bagasi kuning yang dinamakannya 'Neymar.'

"Apabila sedikit sahaja disentuh, beg ini berpusing-pusing selama beberapa jam," katanya.

Bagaimanapun, Neymar mendapat pujian daripada bekas pemain Perancis itu sebelum memberi 'tips' kepadanuya.

"Anda pemain hebat... dan pelakon hebat.

"Namun, berhati-hati dengan kesilapan kesinambungan. Jika bahu kanan yang terkena, anda tak sepatutnya menangis kerana sakit pipi kiri," katanya.

Neymar membawa juara lima kali Piala Dunia itu meraih kemenangan mengatasi Mexico dan layak ke suku akhir untuk berdepan Belgium.

Neymar menjaringkan satu gol dan membantu untuk gol kedua ketika Brazil yang semakin meningkat mengatasi Mexico 2-0 di peringkat saingan 16 terbaik.

Namun, persembahan menyinar Neymar dicemari satu lagi kecenderungannya berlebih-lebihan ketika dicabar.

Ketika babak kedua, pemain tengah Mexico, Miguel Layun tampak memijak pergelangan kakinya ketika dia duduk.

Neymar terus menggelupur, menggambarkan dia seakan-akan terkejut dan menderita kesakitan.

Lagi berita Piala Dunia 2018

Disiarkan pada: July 4, 2018 @ 10:14pm
d