arena

Vardy mungkin tak diturunkan

Oleh Reuters

REPINO: Peluang penyerang England, Jamie Vardy beraksi menentang Sweden dalam aksi suku akhir malam esok masih samar selepas mengalami ketegangan otot pangkal paha ketika diturunkan pada lewat permainan menewaskan Colombia di pusingan kedua, menurut pengendali England, Gareth Southgate.

Tambah beliau, Vardy berkemungkinan besar tidak akan bersedia menentang Sweden selepas tidak menjalani latihan hari ini.

“Vardy tidak jalani latihan hari ini, jadi peluang untuknya agak samar,” kata Southgate kepada Sky Sports. “Namun kita akan ketahui lebih terperinci esok. Semua pemain lain di padang. Tidak banyak yang kami lakukan.

“Saya fikir pada peringkat ini, tempoh yang paling singkat berada di padang, banyak maklumat akan diperoleh ketika pertemuan di bilik mesyuarat nanti.

“Ia lebih kepada proses pemulihan, fizikal dan psikologi serta perkara lain. Kami tidak boleh memaksa pemain terlalu keras hari ini untuk melihat sama ada mereka dalam keadaan baik atau sebaliknya.

“Jadi kita akan lihat esok. Kita akan membuka keputusan lewat. Saya fikir pasukan lain juga dalam situasi yang sama ketika ini.”

Southgate optimis tentang keadaan pemain tengah, Dele Alli yang kembali dalam pasukan menentang Colombia selepas tersisih dalam aksi Kumpulan G menentang Panama dan Belgium kerana masalah bahagian paha.

“Dele dalam keadaan baik selepas perlawanan, tidak merasai sebarang kesakitan,” tambahnya. “Saya fikir tempoh rehat beberapa hari amat membantunya.

Pertahanan kiri, Ashley Young dan rakan pertahanan, Kyle Walker yang digantikan susulan ketegangan otot ketika menewaskan Colombia dalam penentuan penalti turut dalam keadaan baik.

Disiarkan pada: July 6, 2018 @ 11:14am
d