arena

Les Bleus buat Suarez 'gigit jari'

Oleh Reuters

NIZHNY NOVGOROD, Russia: Tandukan Raphael Varane dan kesilapan penjaga gol yang membolehkan Antoine Griezmann meledak gol menjelmakan kemenangan 2-0 Perancis ke atas Uruguay dalam aksi suku akhir Piala Dunia sebentar tadi untuk pertemuan separuh akhir dengan Brazil atau Belgium.

Tandukan pada minit ke-40 oleh Varane adalah gol kedua yang membolosi gawang Uruguay sepanjang kejohanan ini.

Pasukan Amerika Selatan itu hampir menyamakan kedudukan sejurus kemudian tetapi penjaga gol Perancis, Hugo Lloris cemerlang menyelamatkan tandukan Martin Caceres.

Bagaimanapun kesilapan penjaga gol Uruguay, Fernando Muslera pada minit ke-61 membolehkan Perancis selesa di depan menerusi jaringan Griezmann.

Uruguay turun tanpa perancang berbisa Edinson Cavani yang cedera.

Disiarkan pada: July 7, 2018 @ 12:11am
d