arena

Gara-gara Piala Dunia, TdF kena tempias

Oleh Reuters

LA ROCHE-SUR-YON, Perancis: Biarpun Perancis dan Belgium, belum memulakan perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2018 sehingga malam Selasa ini, namun peminat kedua-dua pasukan di Tour de France, masing-masing sudah berlagak seperti juara.

Perancis dan Belgium masing-masing bakal diwakili oleh 35 dan 19 pelumba basikal untuk menyertai Tour de France dengan sebahagian pasukan berkenaan mempunyai pelumba dan kakitangan berasal dari Perancis dan Belgium. 

Sebagai contoh, pasukan dari Perancis, AG2R-La Mondiale, mempunyai seorang pelumba, Oliver Naesen; tukang masak (chef) Benoit Bavay dan pakar fisioterapi, Sylvie Troka, yang berasal dari Belgium.

"Kami mempunyai jumlahnya. Oliver sangat meminati bola sepak dan pada jam 8 malam esok, dia akan berada di biliknya sendiri. Dia berkongsi bilik dengan (lelaki Perancis) Alexis (Vuillermoz) - seorang daripadanya akan berakhir dengan mata lebam.

"Saya sebenarnya bimbang Benoit tidak akan memasak untuk kami andai salah satu pasukan kami menang atau paling teruk dia akan meracuni kami," kata Pengarah Sukan AG2R-La Mondiale, Julien Jurdie dalam nada berjenaka ketika ditemui pemberita sebelum Tour de France bermula hari ini.

"Satu perkara yang pasti: Mereka akan minum bir terlebih dahulu. Saya tidak pasti mengenai jumlah gol akan dijaringkan dan ia perlawanan yang mencabar. Perancis akan menang 3-2,"  kata Yoann Offredo, seorang daripada dua pelumba Perancis dalam pasukan Belgium Wanty-Groupe Gobert.

Disiarkan pada: July 9, 2018 @ 12:56am
d