arena

Froome tak peduli ejekan orang ramai

Oleh AFP

CHRIS Froome diejek segelintir penonton di garisan permulaan peringkat ujian masa berpasukan Tour de France (TdF) tetapi tetap berpuas hati dengan prestasi pasukannya Sky, semalam.

Pasukan BMC menang perlumbaan itu dengan Sky ketinggalan empat saat diikuti pasukan Quick Step, ketinggalan tujuh saat.

Tetapi disebabkan pelumbanya , Fernando Gaviria gagal untuk menyerlah, dia tidak berjaya merampas kembali Jersi Kuning yang akhirnya menjadi milik pelumba BMC yang juga juara dunia lebuhraya, Greg van Avermaet.

“Rasa bagus dan sangat baik buat pasukan. Saya mempunyai peluang untuk memenanginya juga esok dan juga di Roubaix,” kata Van Avermaet.

Penyokong Belgium juga mempunyai alasan untuk bergembira dengan ramalan betapa pasukan kebangsaan mereka mungkin mengatasi Perancis di Piala Dunia apabila pelumba mereka akan memakai jersi utama TdF esok yang juga tarikh perlawanan peringkat separuh akhir di Russia.

Ia juga hari sangat memuaskan buat Froome, pelumba Britain kelahiran Kenya itu yang diejek penonton di garis permulaan tetapi dapat menebus kehilangan masa pada peringkat pertama, Sabtu lalu.

Froome yang juga juara bertahan kehilangan empat saat kepada Richie Porte, tetapi berjaya berada di depan musuh dari Britain, Adam Yates dengan lima saat sementara dibezakan lapan saat berbanding juara dunia, Tom Dumoulin, 50 saat di depan Nairo Quintana dari Colombia dan juga satu minit 11 saat lebih pantas buat pelumba Perancis, Romain Bardet.

Pasukan yang diwakili Porte, BMC sememangnya dijangka akan mengungguli sesi ujian masa bagi menampung persembahan buruk peringkat pertama apabila ketua pasukan mereka dari Australia itu terjatuh.

“Kami diletakkan sebagai pilihan dan bagus apabila dapat melakukan sesuatu.

“Saya masih kecewa apabila kehilangan 51 saat pada hari pertama tetapi saingan masih panjang untuk ke Paris,” kata Porte.

Disiarkan pada: July 10, 2018 @ 10:05am
d