arena

Piala Dunia 2022: Qatar sudah tidak sabar

Oleh AFP

BAHANG Piala Dunia 2022 yang menyaksikan Qatar sebagai tuan rumah semakin terasa apabila tontonan skrin gergasi diadakan di Stadium Antarabangsa Khalifa di Doha awal pagi tadi, waktu Malaysia.

Lebih 4,500 penonton memenuhi stadium berkenaan bagi menyaksikan Perancis menewaskan Belgium pada peringkat separuh akhir Piala Dunia di Russia sekali gus menunjukkan masa turut berjalan menuju Piala Dunia 2022 di Qatar.

Seorang penonton tempatan yang menyokong Belgium berkata, dia menikmati kejohanan itu.

"Ia kompetitif dan lebih menarik menyaksikan seusatu yang baru di Piala Dunia," katanya.

Namun, dia mengakui kejayaan luar biasa di Russia akan memberikan tekanan kepada Qatar untuk mengulanginya.

"Secara jujurnya, ia memberikan lebih tekanan. Ia akan menjadi Piala Dunia pertama di Timur Tengah," kata Atef.

"Bukan saja penting untuk Qatar, malah untuk benua."

Perlawanan menarik orang ramai sekitar Doha, kebanyakkannya lelaki namun ada wanita dan keluarga.

Penyokong dari Qatar, Kenya, Bagladesh, India, Pakistan bersama-sama menyaksikan di skrin besar, menjerit dan melompat apabila beberapa peluang disia-siakan.

Seorang guru di Qatar, Mohamed menyaksikan bersama keluargannya namun turut memikirkan empat tahun akan datang.

"Saya fikir kita mampu melakukan dengan lebih baik kerana terdapat banyak sukan sudah berlangsung di Doha," katanya.

Bidaan Piala Dunia Qatar dibayangi beberapa kontroversi dengan dakwaan rasuah, hak asasi manusia dan isu alkohol dengan kira-kira 1.5 juta penyokong akan menuju ke Doha pada 2022.

Disiarkan pada: July 11, 2018 @ 1:07pm
d