arena

'Kami fikir kami sudah cukup bagus...'

Oleh AFP

MOSCOW: Kapten England, Harry Kane tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya selepas pasukannya tewas 1-2 selepas masa tambahan ketika menentang Croatia pada separuh akhir Piala Dunia di Moscow, sebentar tadi.

Kami sedih. Ia terasa sakit, terlalu kecewa,” kata Kane selepas perlawanan di Stadium Luzhniki.

Sudah tentu ia akan terasa terluka buat seketika. Kami boleh rasa berbangga. Ia perjalanan mengagumkan, kami dapat melangkah ke tahap ini berbanding pasukan lain yang kami jangka,” katanya.

Bermain pada separuh akhir Piala Dunia kali pertama sejak 1990, England mendahului seawal minit kelima menerusi sepakan bebas mengagumkan Kieran Trippier.

Namun Croatia kembali lebih kuat pada babak kedua dengan Ivan Perisic menyamakan kedudukan sebelum Mario Mandzukic memastikan kemenangan pada minit ke-109.

Ia amat hebat hingga ke peringkat ini dan kami tahu kami sudah membanggakan semua orang tapi kami mahu teruskan dan memenanginya,” kata Kane.

Kami fikir kami sudah cukup bagus, kami fikir kami boleh melakukannya. Tapi kami gagal melakukannya. Ia melukakan. Saya tidak tahu nak kata apa lagi.

Disiarkan pada: July 12, 2018 @ 5:50am
d