arena

Sudah buat yang terbaik: Southgate

Oleh AFP

PENGURUS Gareth Southgate berkata, England “sudah memberikan segala-galanya di luar sana” selepas kalah aksi masa tambahan kepada Croatia pada separuh akhir Piala Dunia, hari ini.

England berharap layak ke final Piala Dunia pertama sejak 1966 namun, mensia-siakan gol pendahuluan sebelum tewas 1-2.

“Saya fikir pada babak pertama kami terlalu bagus dan mungkin kami patut dapat satu gol lagi,” kata Southgate.

“Saya tidak boleh minta lebih daripada pemain. Saya fikir bola sepak kalah mati adalah mengenai jurang yang selesa dan apabila anda berdepan pasukan yang bagus, anda perlu mengambil peluang anda.

“Malam ini kami tidak begitu tapi kami akan belajar daripadanya. Kami sudah bermain habis-habisan di luar sana.”

Croatia muncul negara terkecil beraksi final Piala Dunia sejak Uruguay memenangi kejohanan itu pada 1950 apabila mereka berdepan Perancis Ahad ini, selepas bangkit menerusi gol voli babak kedua Ivan Perisic dan gol kemenangan Mario Mandzukic pada masa tambahan.

Disiarkan pada: July 12, 2018 @ 7:47am
d