arena

Lalu mahu buat Khairul 'kecut perut'

Oleh

RAJA pecut Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan kini harus bersedia dengan sebarang kemungkinan selepas pelari muda Indonesia Lalu Muhammad Zohri melaungkan amaran awal bahawa dia bakal menjadi pencabar yang akan mencabar gelaran itu selepas berjaya muncul juara remaja dunia di Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Tampere Finland, baru-baru ini.

Lalu merakamkan masa 10.18 saat menewaskan dua pelari Amerika Syarikat Anthony Schwartz 10.22s kedua dan Eric Harrison 10.22s ketiga.

Bagaimanapun berdasarkan ranking kedudukan pelari Asia Tenggara Khairul Hafiz kini berkogsi kedudukan bersama Lalu di tempat kedua di belakang Suryo Agung Wibowo juga dari Indonesia yang merekodkan 10.17s pada Sukan SEA 2009 di Laos ketika berusia 26 tahun.

Manakala Khairul Hafiz dan Lalu mencatatkan 10.18s masing-masing di usia 18 tahun.

Lalu menjadi pelari Indonesia pertama yang meraih pingat di kejohanan itu dan lebih menakjubkan apabila meraih pingat emas.

Bagi Lalu ia satu kejayaan yang tidak dijangka dan mahu meraikannya bersama mereka yang membantunya.

Awal tahun ini, Lalu dinobatkan sebagai juara Asia bawah 20 dengan catatan 10.25s ketika acara itu berlangsung di Jakarta.

Disiarkan pada: July 13, 2018 @ 9:22pm
d