arena

Yob fokus benam Pahang

Oleh Azizan Hashim

PEMAIN Perak diharap melupakan kekalahan di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT) di laman sendiri, empat hari lalu.

Sebaliknya, pengendali pasukan, Mehmet Durakovic mahu pemain The Bos Gaurus bangkit dengan membenam Pahang di Stadium Perak, malam esok.

“Yang berlalu biarkan berlalu, usah dikenang lagi. Sebaliknya, pemain perlu tebus kekecewaan dengan memastikan kemenangan malam.esok,” katanya.

Durakovic berharap anak buahnya menggunakan kelebihan bermain di gelanggang sendiri untuk meraih mata penuh.

“Saya berharap pemain tidak mensia-siakan peluang untuk mengukuhkan kedudukan selaku pasukan kedua terbaik liga Super,” katanya.

Begitupun, jurulatih dari Auatralia itu sedar mereka berhadapan laluan sukar kerana bertemu pencabar kuat yang baru sahaja memenangi Piala FA.

“Pahang bukan calang-calang pasukan.Mereka memiliki pemain import dan tempatan berkualiti.

“Perak perlu berhati-hati dan bersedia untuk tidak terperangkap dengan jerat dan cabaran lawan,” katanya.

Disiarkan pada: July 13, 2018 @ 9:46pm
d