arena

Anderson mara final

Oleh AFP

LONDON: Kevin Anderson memenangi perlawanan perseorangan Grand Slam kedua terpanjang selepas menundukkan John Isner 7-6 (8/6), 6-7 (5/7), 6-7 (9/11), 6-4, 26-24, sebentar tadi.

Kemenangan itu menyaksikan Anderson muncul pemain Afrika Selatan pertama yang mara ke perlawanan akhir tenis Wimbledon dalam tempoh 97 tahun.

Anderson yang juga pilihan kelapan mengambil masa enam jam dan 35 minit untuk menyingkirkan Isner dalam pertembungan separuh akhir di Center Court .

Isner sebelum ini memenangi perlawanan perseorangan Grand Slam paling lama menentang Nicolas Mahut, yang berlangsung selama 11 jam dan lima minit pada pusingan pertama Wimbledon 2010.

Anderson yang berusia 32 tahun menjadi pemain lelaki Afrika Selatan pertama berada di final Wimbledon selepas Brian Norton melangkah di final pada tahun 1921 dan dia akan berdepan Novak Djokovic atau Rafael Nadal.

Disiarkan pada: July 14, 2018 @ 8:23am
d