arena

'Saya nak Piala Dunia!!!'

Oleh Agensi

MOSCOW: Paul Pogba dijangka akan beraksi dalam kesebelasan utama Perancis bertemu Croatia pada aksi final Piala Dunia, malam ini. 

Ia adalah penampilan final Piala Dunia buat kali pertama Perancis dalam tempoh 12 tahun dan Croatia pula menjejakkan kaki ke pentas terbesar itu buat julung kali dalam sejarah mereka.

Pogba bakal melakar sejarah tersendiri jika Perancis muncul juara yang menyaksikan dia akan menjadi pemain Manchester United pertama menjulang kejuaraan Piala Dunia sejak 1966.

Pada final 1966, apabila England mengalahkan Jerman (Jerman Barat) 4-2 pada di Wembley, tiga pemain daripada akademi United beraksi.

Sejak itu, tiada pemain United berjaya menjulang trofi ketika beraksi dengan kelab berkenaan.

Pogba berpeluang untuk memecahkan rekod itu malam ini. Dia sudah mempamerkan kualitinya dalam kempen Piala Dunia meskipun beraksi di bahagian tengah bersama N'Golo Kante sedangkan ramai pihak menganggapnya hanya boleh bermain dengan sistem tiga pemain tengah.

Perancis adalah pasukan pilihan untuk beraksi di final dengan dibarisi ramai pemain bintang yang boleh menjadi calon bagi anugerah bola emas.

Bagaimanapun Croatia bukan lawan yang boleh dipandang rendah apabila memenangi setiap pusingan kalah mati menerusi dua sepakan penalti sebelum menyingkirkan England pada masa tambahan.

Perancis yang tewas pada final Euro 2016 pasti mahu menjadikan kegagalan itu sebagai motivasi tambahan untuk mengatasi Croatia.

 

Disiarkan pada: July 15, 2018 @ 1:12pm
d