arena

Gelaran kesembilan berturut-turut GP Jerman

Oleh AFP

SACHSENRING: Pelumba Honda Marc Marquez menjulang kejuaraan Grand Prix Jerman kali kesembilan berturut-turut untuk melebarkan penguasaannya dalam MotoGP di Sachsenring hari ini.

Juara dunia dari Sepanyol itu menjuarai kategori utama sepanjang enam tahun terakhir dan sebelum itu tiga kali dalam kelas perlumbaan lebih rendah.

“Sembilan kemenangan berturut-turut di sini adalah sesuatu yang menakjubkan,” kata Marquez. "Hidup Sachsenring!"

Bermula dari petak pertama, saban tahun sejak beraksi di litar Jerman itu, Marquez menamatkan perlumbaan dengan catatan 41 minit 5.019 saat, 2.196 saat mendahului  Valentino Rossi.

Rakan sepasukan pelumba veteran Itali yang menunggang Yamaha Maverick Vinales pula ketinggalan 2.776 saat.

Marquez kini mengumpul 165 mata dalam kedudukan kejuaraan MotoGP, 46 mata mendahului Rossi dan 56 mata mendahului  Vinales. 

Disiarkan pada: July 15, 2018 @ 9:52pm
d