arena

TRIAM tak iktiraf PDIT

Oleh Jumiati Rosly

KUALA LUMPUR: Persatuan Triatlon Malaysia (TRIAM) mendedahkan Port Dickson International Triathlon (PDIT) tidak mendapat pengiktirafan daripada badan induk itu.

“Penganjur tidak ada membuat permohonan kepada kami untuk menganjurkan kejohanan itu,” kata Setiausaha TRIAM, Melody Tan kepada NSTP di sini hari ini.

Pada awal pagi ini, edisi ke-17 kejohanan itu dikejutkan dengan insiden seorang peserta lemas ketika acara renang berlangsung di Pantai Batu 5, Port Dickson.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Mohd Faisal Mohd Noor berkata, dalam kejadian 8 pagi itu Tharm Wei Wong, 39, dari Pulau Pinang baru berenang sejauh 750 meter sebelum lemas dan disahkan meninggal dunia di Hospital Port Dickson.

Kejohanan bertaraf antarabangsa itu dianjurkan oleh Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan dan Majlis Perbandaran Port Dickson.

Disiarkan pada: July 15, 2018 @ 9:59pm
d