arena

Ronaldo disambut meriah

Oleh AFP

ROME: Penyokong Juventus meraikan kehadiran Cristiano Ronaldo ketika kelab itu sedang bersedia untuk memperkenalkan bintang sensasi berkenaan yang diharap dapat membantu mereka menjuarai kembali Liga Juara-Juara.

Beratus penyokong berkumpul di luar Stadium Allianz di Turin seawal pagi ketika penyerang berbisa itu membuat penampilan awal sebelum menjalani ujian perubatan.

Pemain berusia 33 tahun itu kemudian sempat melayan peminatnya dengan rata-rata mereka memakai jersi Juventus yang tertera nama Ronaldo bersama nombor 7 yang laris dijual di pasaran.

"Harapan kami adalah untuk memenangi Liga Juara-Juara.

"Kehadiran Ronaldo akan memberi kebaikan kepada Juventus. Hanya pemain bintang sepertinya mampu membantu kami," kata Francesco, 38, dari Pisa.     

Ronaldo sudah meledak 120 gol dalam saingan Liga Juara-Juara, mengatasi mana-mana pemain dalam sejarah saingan berprestij itu.

Disiarkan pada: July 16, 2018 @ 9:21pm
d