arena

Suarez, Casillas selar VAR

Oleh Agensi

MADRID: Legenda Sepanyol, Iker Casillas dan penyerang Barcelona, Luis Suarez mengkritik teknologi video bantuan pengadil (VAR) susulan kontroversi penggunaannya pada aksi final Piala Dunia 2018 Russia, Ahad lalu.

Perancis diberikan sepakan percuma kontroversi yang membawa kepada terhasilnya gol pertama dan kemudiannya dihadiahkan penalti untuk kesalahan bola terkena tangan Ivan Perisic dibantah pemain Croatia.

Merujuk kepada insiden gol pertama, Casillas yang juga pemenang Piala Dunia 2010 berkata: “Saya sungguh tidak faham bagaimana VAR berfungsi. Pengadil memberikan sepakan percuma sedangkan ia bukannya kesalahan dan berakhir dengan gol. Tiada kesalahan yang sebenarnya berlaku sehingga membawa kepada sepakan percuma itu.”

Suarez yang pasukannya Uruguay disingkirkan Perancis di suku akhir turut menyokong kenyataan Casillas dengan berkata: “Anda betul Iker. Selain itu Pogba turut berada dalam kedudukan ofsaid tetapi ‘mengambil bahagian’ dalam permainan.”

Disiarkan pada: July 17, 2018 @ 4:36pm
d