arena

Chelsea terima orang baru

Oleh AFP

GIANFRANCO Zola dinamakan penolong jurulatih baru Maurizio Sarri, semalam yang menandakan kembalinya bekas bintang itu ke Chelsea, umum kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Zola, 52, bermain buat kelab barat London itu dari 1996 hingga 2003, menjaringkan 80 gol termasuk jaringan kemenangan pada final Piala Pemenang Piala 1998.

Beliau juga menang Piala Super Eropah, dua Piala FA Inggeris dan Piala Liga.

“Bagi saya ia sesuatu yang menakjubkan. Saya bersedia bekerja keras kerana ia akan menjadi sesuatu yang sukar tapi saya gembira berada di sini dan bekerja dengan Maurizio,” kata Zola.

“Terasa hebat jika berjaya bersama Maurizio dan untuk kelab, saya akan memberikan yang terbaik, sama seperti saya lakukannya sebagai pemain. Saya akan memberikan yang terbaik dalam posisi baru ini.

“Secara umum, saya tidak sabar menantikan cabaran ini. Saya mahu bermula dengan baik dan kami teruja untuk memulakan pengembaraan baru ini.”

Zola juga bermain buat Napoli dan Parma selain beraksi 35 kali bersama pasukan kebangsaan Itali.

Disiarkan pada: July 19, 2018 @ 8:19am
d