arena

Malcom perkasa Roma

Oleh Reuters

ROME: AS Roma mencapai perjanjian untuk menandatangani pemain sayap Brazil yang mendapat perhatian banyak kelab, Malcom yang beraksi di Girondins Bordeaux, menurut jurucakap kelab Serie A itu, awal pagi tadi.

Terma kontrak tidak didedahkan tetapi media Itali melaporkan Roma akan membayar sekitar 37 juta euro (RM175 juta) untuk mendapatkan pemain berusia 21 tahun itu.

“Kelab mengesahkan perjanjian telah dicapai dengan FC Girondins de Bordeaux untuk mendapatkan Malcom, bergantung kepada keputusan perubatan dan persetujuan terma peribadi,” kata jurucakap Roma.

“Pemain Brazil itu akan tiba di Rome sebaik sahaja syarat perpindahan akhir dimuktamadkan.”

Malcom menyertai Bordeaux daripada kelab Brazil, Corinthians pada Januari 2016 dan menjaringkan 23 gol dalam 96 penampilan bersama kelab Ligue 1 itu.

Media British pula melaporkan awal minggu lalu Everton berminat mendapatkan Malcom dan Tottenham Hotspur juga memantau perkembangan pemain itu sebelum menandatangani Lucas Moura daripada Paris St Germain pada Januari lalu.

Disiarkan pada: July 24, 2018 @ 7:26am
d