arena

TFCII kini 'nyawa-nyawa ikan'

Oleh Malik Muhamad

“SAYA simpati dengan ketua jurulatih TFC II (Terengganu FC II), Mustaffa Kamal Abd Wahab,” ujar ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Irfan Bakti Abu Salim.

Beliau berkata demikian selepas skuad 'adik' itu yang kini menghuni tangga tercorot Liga Perdana kian tenat dan boleh diibaratkan 'nyawa-nyawa ikan' untuk kekal beraksi dalam pentas liga itu musim depan dan berkemungkinan bakal tersingkir ke Liga FAM sekiranya seri atau tewas kepada MIFA dalam aksi terakhir di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam esok.

Bagaimanapun, sekiranya Pulau Pinang yang kini mengutip 20 mata berbanding skuad kendalian Mustaffa yang mengumpul 17 mata seri dalam aksi terakhir bertemu FELDA United FC, bermakna impian skuad TFC II itu untuk kekal beraksi dalam saingan Liga Perdana musim depan berkecai meskipun menang ke atas skuad K Devan itu.

Skuad TFC II yang sebelum ini dikenali dengan T-Team layak beraksi dalam saingan Liga Super musim ini selepas berhempas-pulas dalam saingan musim lalu bawah di bawah kendalian jurulatih dari Indonesia, Rahmad Darmawan.’

Namun selepas penjenamaan semula pasukan bola sepak negeri, Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) yang diterajui presidennya ketika itu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman mengambil keputusan 'menurunkan pangkat' skuad The Titans itu beraksi dalam saingan Liga Perdana dengan nama TFC II sekali gus berperanan sebagai pasukan ‘feeder’ atau pasukan sokongan kepada d TFC yang beraksi dalam saingan Liga Super.

Berikutan itu, Rahmad yang sebelum itu menyatakan minat untuk terus membimbing skuad TFC II yang turut dibarisi Hasbullah Awang, Amierul Hakimi Awang, Akanni Sunday Wasiu dan Bruno Suzuki membuat pusingan U meninggalkan pasukan itu awal pada musim ini kerana kecewa dengan keputusan itu.

Disiarkan pada: July 26, 2018 @ 12:20pm
d