arena

Thomas hampir 'lupakan' Froome

Oleh AFP

SAINT-LARY-SOULAN, Perancis: Pelumba Britain Geraint Thomas semakin hampir untuk memenangi gelaran sulungnya di Tour de France selepas meninggalkan rakan sepasukan Sky, Chris Froome dalam pemburuan kejuaraan pada peringkat ke-17 yang dimenangi pelumba Colombia Nairo Quintana semalam.

Thomas memulakan perlumbaan dengan kelebihan 1 minit 39 saat di hadapan Froome, tetapi menjarakkan kedudukan kepada 2:31 selepas juara empat kali itu melintasi garisan penamat 1:36 di belakang Quintana dan hampir seminit di belakang rakan senegaranya, Thomas.

Pelumba Ireland Dan Martin di tempat kedua 28 saat di belakang Quintana, dengan Thomas ketiga (+47s) dan Primoz Roglic dari Slovenia keempat (+52).

Kegagalan Froome untuk kekal bersama Thomas dalam beberapa kilometer terakhir pendakian 16km ke garisan penamat Col du Portet walaupun terdapat beberapa percubaan mengejar, menyukarkan pelumba Britain kelahiran Kenya itu mendapat penamat podium.

Pesaing dari Belanda Tom Dumoulin, juara Giro d’Italia 2017, melonjak ke tangga kedua dengan Roglic keempat keseluruhan, hanya 16 saat di belakang Froome.

“Malang buat Froome kerana kehilangan masa. Tetapi dia masih dalam (kedudukan) podium),” kata Thomas, pelumba kelahiran Wales.

Disiarkan pada: July 26, 2018 @ 12:31pm
d