arena

Tiffany teruskan dominasi

Oleh AFP

LONDON: Tiffany Joh terus mendahului saingan Terbuka Wanita Scotland di Gullane hari ini dalam misi memburu gelaran pertama dalam tempoh sedekad menerusi Jelajah LPGA.

Pemain berusia 31 tahun itu menyaksikan dia dihampiri satu pukulan selepas pusingan kedua.

Pemain AS itu gagal mengulangi pencapaiannya pada pusingan pertama namun masih melakar lima birdie untuk mengumpul 13 di bawah par keseluruhan.

“Secara jujurnya saya tidak meletakkan harapan yang tinggi,” katanya.

“Saya berharap dapat membuat pukukan di bawah par tetapi seawal lubang pertama lagi pukulan saya pergi sejauh 45 kaki dan saya terus ketawa.

“Saya tidak tahu apa yang perlu diperkatakan. Jadi, ia permulaan yang baik dan saya hanya perlu teruskan.”

Sementara itu juara Terbuka AS  Ariya Jutanugarn mencatat 65  pukulan untuk tiga pukulan di belakang pendahulu.

Dia turut disertai pemain Korea Selatan Amy Yang yang mencatat 66 pukulan untuk mengumpul 10 di bawah par keseluruhan.

Pemain Jerman Caroline Masson turut membuat 65 pukulan untuk berada di tangga keempat.  

 

Disiarkan pada: July 28, 2018 @ 11:36am
d