arena

Chelsea benam Inter

Oleh AFP

NICE: Chelsea menewaskan Inter Milan 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti apapila penjaga gol Willy Caballero berjaya menyelamatkan percubaan Milan Skriniar selepas kedua-dua pasuakn terikat 1-1 dalam perlawanan pertama mereka di Piala Juara-Juara Antarabangsa.

Pedro membuka jaringan seawal minit kelapan di Nice, apabila menyambut lantunan bola yang ditepis penjaga gol Inter  Samir Handanovic daripada percubaan  Alvaro Morata.

Ia adalah gol kedua buat Pedro yang meraikan ulang tahun ke-31 hari ini, selepas meledak gol kemenangan 1-0 ke atas Perth Glory di Australia, Isnin lalu.

Inter menyamakan kedudukan pada awal separuh masa kedua menerusi Roberto Gagliardini, yang rembatannya gagal diselamatkan penjaga gol Argentina Caballero selepas seorang lagi pemain gantian Tiemoue Bakayoko melakukan hantaran kepadanya.

Pemain baru Chelsea Jorginho hampir pasti menyumbang kemenangan menerusi sepakan lencong yang berjaya ditangkap kemas Handanovic manakala  percubaan Tammy Abraham tidak menjadi sebaik memanfaatkan hantaran Emerson.

Pemain Argentina Lautaro Martinez,20, yang menyertai Inter daripada Racing Club pada awal Julai hampir menjaringkan gol kemenangan pada minit terakhir apabila rembatan padunya berjaya diselamatkan  Caballero. 

Caballero, yang digugurkan daripada skuad Piala Dunia susulan kekalahan 0-3 kepada Croatia pada peringkat kumpulan berjaya menyelamatkan percubaan Skriniar dengan kakinya pada penentuan sepakan penalti sebelum Cesar Azpilicueta memanfaatkan sepakan penalti.

Chelsea akan menentang pencabar Liga Perdana Inggeris Arsenal di Dublin Rabu ini sebelum menamatkan aksi pra musim menentang Lyon pada 7 Ogos, dua hari selepas menentang Manchester City dalam aksi Perisai Komuniti.  

 

Disiarkan pada: July 29, 2018 @ 10:23am
d