arena

Aguirre ketua jurulatih Mesir

Oleh Reuters

JAVIER Aguirre akan mengambil alih jawatan ketua jurulatih Mesir daripada Hector Cuper yang kontraknya tidak diperbaharui selepas Piala Dunia Russia berakhir, kata Persatuan Bolasepak Mesir (EFA).

Aguirre, 59, dari Mexico dan pernah beraksi di Piala Dunia 1986 dan mengendalikan skuad kebangsaan negaranya pada 2010 menandatangani kontrak selama empat tahun dengan gaji dianggarkan AS$120,000 (RM487,920) sebulan.

Cuper sebelum ini dijangka akan memperoleh perjanjian baharu dengan Mesir selepas membawa negara itu ke kancah Piala Dunia buat pertama kali dalam tempoh 28 tahun.

Begitupun, beliau tidak ditawarkan untuk kekal selepas mengharungi kempen mengecewakan di Russia, di mana skuad kendaliannya tewas ketiga-tiga perlawanan peringkat kumpulan.

Aguirre sebelum ini pernah mengendalikan skuad kebangsaan Jepun dan kelab Sepanyol, Atletico Madrid dan Espanyol.

Tugasan pertamanya bersama Mesir adalah untuk layak ke pusingan akhir Piala Negara-Negara Afrika.

Perlawanan mereka berikutnya adalah menentang Niger di gelanggang sendiri, bulan depan.

 

 

Disiarkan pada: August 2, 2018 @ 11:03am
d