arena

Barca beli Vidal

Oleh Reuters

BARCELONA mencapai kata persetujuan bersama Bayern Munich untuk membeli pemain tengah Chile, Arturo Vidal, umum kelab La Liga Sepanyol itu sebentar tadi.

Pemain berusia 31 tahun itu, yang beraksi 100 perlawanan buat Chile dan menjaringkan 24 gol, akan mengikat kontrak selama tiga tahun selepas menjalani pemeriksaan perubatan dalam beberapa hari akan datang, jelas juara Sepanyol itu.

Tiada yuran perpindahan diumumkan oeh Barca namun laporan media menyebut mereka akan membayar 18 juta euro (RM85 juta), yang boleh meningkat kepada 21 juta euro (RM99 juta), buat bekas pemain Bayer Leverkusen dan Juventus itu, yang menyumbat 14 gol dalam 79 perlawanan Bundesliga dengan Bayern.

Disiarkan pada: August 4, 2018 @ 11:20am
d