arena

Habislah United...

Oleh AFP

LONDON: Jose Mourinho memberi amaran betapa Manchester United akan berdepan ‘musim sukar’ sekiranya mereka tidak memperkuat pasukan itu sebelum jendela perpindahan Liga Perdana Inggeris (EPL) ditutup, Khamis ini.

Menjelang kempen musim baharu, Mourinho menyatakan kekecewaannya terhadap urusan perpindahan pemain sekali gus menyebabkan ketegangan dalam hubungannya dengan Naib Pengerusi Eksekutif, Ed Woodward.

Pemain baharu yang menyertai United adalah pemain tengah Brazil, Fred, pertahanan muda, Diogo Dalot dan penjaga gol gantian, Lee Grant.

Berbanding dengan Liverpool, finalis Liga Juara Juara itu sudah membelanjakan 170 juta pound (RM900 juta) untuk mendapatkan pemain baharu termasuklah penjaga gol Brazil, Alisson serta pemain tengah, Fabinho dan  Naby Keita.

“Ketua Pegawai Eksekutif tahu apa yang saya mahukan. Saya masih ada beberapa hari lagi untuk menunggu dan kita lihat apa akan berlaku,” kata pengendali kelahiran Portugal itu.

“Pencabar lain begitu hebat dan sudah memiliki pasukan yang menakjubkan. Ada antaranya yang berbelanja besar seperti Liverpool yang membeli apa sahaja dan semua pemain.

“Jika kami tidak menambahbaik pasukan, ini akan menjadi musim yang sukar buat kami,” katanya.

 

 

Disiarkan pada: August 6, 2018 @ 8:00pm
d