arena

Joe Hart kawal kubu Burnley

Oleh Daily Mail

JOE Hart melengkapkan perpindahan daripada Manchester City ke Burnley, hari ini.

Bekas penjaga gol England itu menandatangani kontrak selama dua tahun bersama skuad kendalian Sean Dyche dengan pilihan tambahan kontrak selama setahun lagi.

Burnley yang sudah mendapatkan khidmat Tom Heaton dan Nick Pope membayar sebanyak £3.5 juta (RM18.4 juta) untuk mendapatkan Hart.

Bercakap mengenai karier sebelum ini ketika berada di Etihad, Hart memberitahu CityTV: 'Ia pengalaman fantastik dan membuatkan saya lebih matang. Saya datang ke kelab pada usia 19 dan meninggalkan kelab itu pada umur 31. Jadi ia satu tempoh lama dan banyak perkara berlaku membabitkan keluarga, rakan-rakan dan paling banyak, mengenai bolasepak!

“Sudah tentu saya terasa disayangi dan dihargai. Saya sentiasa menikmati detik istimewa bersama penyokong Man City kerana datang ke sini (City) sebagai pemain Shrewsbury Town iaitu seorang budak dari Shrewsbury”, katanya.

Disiarkan pada: August 7, 2018 @ 7:18pm
d