arena

Tujuh pengadil Ghana digantung

Oleh Reuters

KAHERAH: Tujuh pengadil dan pembantu pengadil dari Ghana digantung oleh Konfederasi Bolasepak Afrika (CAF) selepas persekutuan itu mengumumkan hukuman baharu pegawai pertandingan yang terbabit dengan rasuah.

Pengadil, David Laryea digantung seumur hidup sementara enam pegawai lagi menerima penggantungan 10 tahun.

Seramai 11 pegawai menerima hukuman bulan lalu sebagai usaha ‘pembersihan’ oleh badan induk itu yang selama ini bergelumang dengan skandal rasuah.

Pembantu pengadil dari Kenya, Marwa Range yang sepatutnya menjadi pengadil pada Piala Dunia Russia tahun ini didapati menerima rasuah sebanyak AS$600 (RM2,442) ketika Kejuaraan Negara-Negara Asia 2018 di Maghribi sekali gus digantung seumur hidup.

Range yang menjadi pengadil gantian pada Piala Dunia 2014 disingkirkan daripada senarai pengadil untuk Piala Dunia 2018.

CAF turut menggantung 14 lagi pegawai daripada lapan negara berbeza termasuklah empat dari Ghana.

 

 

Disiarkan pada: August 7, 2018 @ 11:09pm
d