arena

'Cukuplah beli pemain...'

Oleh Agensi

MANCHESTER City mungkin tidak akan menjalankan sebarang urusan pembelian pemain sehingga jendela perpindahan ditutup, kata pengurus Pep Guardiola.

Satu-satunya pembelian besar yang dilakukan penyandang juara Inggeris itu setakat ini ialah membawa masuk pemain tengah, Riyad Mahrez dengan nilai memecah rekod 60 juta pound (RM316.60 juta) dari Leicester City.

Guardiola sebelum ini dipercayai sedang mencari pemain tengah bertahan, tetapi pemburuan kelab itu bagi mendapatkan bintang Napoli, Jorginho berakhir apabila pemain Itali itu memilih Chelsea.

Jorginho bergelut ketika Chelsea tewas 0-2 kepada City pada perlawanan Piala Perisai Komuniti, Ahad lalu dan pengurus dari Sepanyol itu memberi bayangan kelab berkenaan tidak lagi memburu sebarang pemain.

“Kami memiliki Fernandinho, (Ilkay) Gundogan boleh bermain di posisi itu juga. Di Tottenham musim lalu apabila Fernandinho digantung, dia bermain di bahagian atas,” kata Guardiola.

“Tetapi Gundogan adalah pemain yang saya gemari dengan perasaan istimewa di dalam kotak penalti. Saya masih dapat mengingati ia seperti Paul Scholes dengan perasaan istimewa di posisi berkenaan.

“Kami tidak begitu memilikinya. Tetapi saya tidak fikir yang kami akan menandatangani pemain lagi pada musim ini. Saya fikir John (Stones) juga boleh bermain di sana, tetapi saya juga belum tahu.”

Sama ada City akan membawa masuk beberapa lagi pemain atau tidak, kapten pasukan Vincent Kompany percaya pasukan itu tetapi memiliki perasaan ‘lapar’ untuk mengekalkan kejuaraan, tidak seperti ketika mereka memenangi kejuaraan pada musim 2012-13 atau 2014-15.

“Sebelum saya berkata apa-apa atau melakukan sebarang perkara, kamu mahu menilai dan melihat jika kamu dapat melihat kesilapan seperti yang kami lakukan sebelum ini,” kata pertahanan tengah Belgium itu.

“Sejujur-jujurnya, ada perasaan yang lain selepas kami memenangi liga dan kembali ke sesi latihan pertama, semua orang tampak sedikit lesu, sedikit senyuman dan kegembiraan tetapi kurang komited. 

“Pasukan yang lebih bertekad untuk memilikinya kemudian mengecewakan kami. Tetapi kali ini saya datang dan semuanya berbeza. Kami sedar ia adalah istimewa dan kami mahu mempertahankannya.”

Disiarkan pada: August 8, 2018 @ 11:35am
d