arena

'Nak Barca bukan Man U!'

Oleh Daily Mail

PAUL Pogba memberitahu rakan sepasukan Manchester United dia begitu terdesak mahu meninggalkan Old Trafford untuk menyertai Barcelona.

Pogba menyuarakan hasratnya kepada pemain dan kakitangan kelab itu sejak 48 jam lalu mengatakan mahu dijual selepas dua tahun menyertai United dari Juventus dengan rekod perpindahan £89 juta (RM470j).

Pemain tengah Perancis berusia 25 tahun itu difahamkan menghantar teks mesej pesanan ringkas kepada Ed Woodward memberitahu naib pengerusi United itu hasratnya untuk meninggalkan kelab itu biarpun kelab terbabit menafikan.

United minggu ini menyatakan pendirian mereka Pogba bukan untuk dijual menjelang perlawanan pembukaan musim EPL skuad Jose Mourinho berdepan Leicester di tempat sendiri.

Mereka juga berdepan peluang tipis mencari pengganti sebelum jendela perpindahan berakhir 5 petang esok (Khamis/12 tengah malam waktu Malaysia).

Mereka kini berdepan prospek mengekalkan pemain ‘tidak gembira’ berada di Old Trafford yang bersedia menawarkan gaji asas sebanyak £9.62j (RM50.7j) termasuk £3.78j (RM20j) atau menunaikan hajat Pogba membuka rundingan dengan Barcelona.

Tarikah tutup perpindahan Sepanyol akan berakhir pada hujung bulan ini.

Difahamkan Pogba bersetuju dengan syarat kelab gergasi Catalan itu pada nilai melebihi £89.5j (RM473j) untuk tempoh lima tahun.

Dia akan menerima gaji asas £18j (RM95j) bersamaan £346,000 (RM1.8j) seminggu menerusi ejennya, Mino Raiola dan menyuarakan hasrat hatinya sudah bersedia untuk perpindahan ke Nou Camp.

Raiola pula enggan memberi komen terhadap situasi itu apabila dihubungi, berkata: “Saya tidak akan membuat apa-apa sebarang kenyataan mengenai Paul. Anda perlu bercakap kepada Manchester United.”

Disiarkan pada: August 8, 2018 @ 1:29pm
d