arena

Napoli minat Mignolet

Oleh Agensi

LONDON: Napoli sedang mempertimbang pilihan untuk melakukan perbincangan terakhir bersama penjaga gol Liverpool, Simon Mignolet.

Pemain antarabangsa Belgium berusia 30 tahun itu memilih untuk meninggalkan Anfield dan ia menarik minat kelab Besiktas serta Barcelona.

Liverpool sudah menjual Danny Ward kepada Leicester City, namun Mignolet masih berada di belakang Alisson dan Loris Karius.

Napoli sudah membincangkan beberapa pilihan mereka kira-kira 24 jam lalu termasuk penjaga gol Arsenal, David Ospina dan Guillermo Ochoa dari Standard Liege.

Naib juara liga Itali itu sudah mengikat dua penjaga gol pada musim panas ini bagi menggantikan Pepe Reina yang berhijrah ke AC Milan dan Raphael yang dilepaskan kelab.

Napoli masih mempunyai masa untuk menyelesaikan mana-mana perjanjian dengan tarikh akhir untuk kelab Serie A menandatangani pemain sehingga hujung bulan ini.

Liverpool sudah mempunyai Alisson, mereka juga tidak mungkin akan menjual pemain selepas tarikh tutup jendela perpindahan Liga Perdana, esok.

Disiarkan pada: August 8, 2018 @ 11:05pm
d