arena

Kerajaan negeri sokong keputusan KBS

Oleh Hazira Ahmad Zaidi

Kota Bharu: Kerajaan negeri menyambut baik keputusan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk melantik pengerusi Majlis Sukan Negeri (MSN) daripada wakil Jawatankuasa Belia, Sukan dan badan bukan kerajaan (NGO) negeri.

Pengerusinya, Wan Roslan Wan Hamat berkata, perkara itu diputuskan ketika mesyuarat bersama KBS, baru-baru ini.

“Langkah itu lebih memudahkan kerajaan negeri berurusan dengan atlet kerana sebelum ini tidak ada saluran untuk bertemu dengan mereka yang mewakili negeri ke Sukan Malaysia (SUKMA) dan sebagainya.

"Pengerusi MSN negeri dilantik oleh menteri dengan persetujuan Menteri Besar dan beliau juga akan menjadi ahli Majlis Sukan Negara," katanya selepas merasmikan program Kemudi’s Biggest Loser di Dewan Jahar, Royal Guest House, malam tadi.

Turut hadir, Pengarah Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Negeri Kelantan, Mohd Adil Afizie Daud dan Presiden Kelab Media Kelantan Darul Naim (KEMUDI), Azran Fitri Abdul Rahim.

Dalam perkembangan lain, Wan Roslan berkata, kerajaan negeri akan melaksanakan program kesihatan seperti berbasikal atau berjalan kaki yang akan diadakan pada setiap hari Sabtu.

"Kita akan mengambil contoh program sihat yang dianjurkan oleh KEMUDI dan akan diterapkan dari semasa ke semasa kepada seluruh rakyat serta kakitangan kerajaan.

"Walaupun aktiviti yang dilakukan tidak berat, tetapi ianya boleh memberikan impak kesihatan dalam usaha membudayakan rakyat dengan program kesihatan," katanya.

Sementara itu, Pengarah Kemudi’s Biggest Loser, Syaherah Mustafa berkata, program berkenaan julung kali diadakan yang disertai 30 pengamal media daripada pelbagai agensi.

"Pertandingan selama tiga bulan bermula pertengahan Julai lalu dan berakhir Oktober ini adalah bertujuan utama untuk menerapkan gaya hidup sihat dalam kalangan wartawan.

Disiarkan pada: August 9, 2018 @ 12:27pm
d