arena

TFC 'tumbangkan' Bos Gaurus

Oleh Azizan Hashim

 

TERENGGANU FC meneruskan rentak cemerlangnya apabila membenam Perak 4-3 di Stadium Perak, sebentar tadi.

Kemenangan itu meletakkan anak buah Irfan Bakti Abu Salim di tangga teratas kumpulan A selepas merakam dua kemenangan.

Begitupun kemenangan tidak mudah buat Terengganu yang mendahului 4-0 pada satu ketika sebelum Perak bangkit menjaringkan tiga gol di lima minit terakhir.

Mohamad Ashari Samsudin membuka jaringan menerusi rembatan rendah melepasi Muhammad Hafizul Hakim pada minit kelapan.

Perak mula hilang rentak dan Terengganu terus menguasai permainan apabila Lee Tuck menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-45. Sebelum itu Hafizul menyelamatkan penalti Tcheche Kipre pada minit ke-38.

Bersambung babak kedua Terengganu meneruskan asakan dan menambah jaringan pada minit ke-57 menerusi Wan Amirzafran Wan Nadris.

Keperitan Perak bertambah apabila Faiz Nasir menjadikan kedudukan 4-0. Sebelum itu Terengganu terpaksa bermain 10 orang selepas Lee Tuck dilayangkan kad merah pada minit ke-70.

Wander Luiz merapatkan kedudukan pada minit ke-85 dan 89 diikuti jaringan penalti oleh Leandro Dos Santos di akhir permainan.

Disiarkan pada: August 11, 2018 @ 11:42pm
d