arena

Qatar Sports Club tagih bisa Eto'o

Oleh AFP

DOHA: Penyerang veteran, Samuel Eto’o menandatangani kontrak bersama kelab Qatar, Qatar Sports Club selepas tamat kontrak bersama kelab Turki, Konyaspor.

Bekas penyerang Barcelona, Inter Milan dan Chelsea itu akan diumum secara rasmi hari ini sekali gus menjadi pemain bintang terbaru yang menyertai liga domestik Qatar dalam usaha negara itu untuk menganjurkan Piala Dunia 2022.

Kelab itu menerusi laman sosial media rasmi mereka berkata: “Pengenalan kepada bintang antarabangsa, Samuel Eto’o pada sidang media.”

Difahamkan Eto’o menjalani ujian perubatan sebelum ini.

Pemain terbaik Afrika sebanyak empat kali itu akan menyertai bekas rakan sepasukannya di Barcelona, Xavi Hernandez yang beraksi bersama Al Sadd dan Wesley Sneijder yang beraksi bersama Eto’o ketika di Inter Milan. Sneijder kini beraksi bersama Al Ghafara.

Eto’o melalui karier yang cukup cemerlang terutamanya ketika bersama Barcelona dari 2004 sehingga 2009 sebelum membantu skuad bimbingan Jose Mourinho di Inter Milan untuk memenangi Liga Juara-Juara, Serie A dan Copp Italia pada musim pertamanya di kelab Itali itu.

Dia kemudian menyertai Chelsea dan Everton pada saingan Liga Perdana Inggeris.

Eto'o turut meledak 56 gol untuk Cameroon sepanjang 118 penampilan selain membantu memenangi Piala Negara-Negara Afrika sebanyak dua kali.

Disiarkan pada: August 14, 2018 @ 8:08am
d