arena

MIFA sedia benam Lang Merah

Oleh Mohd Amin Jalil

KEINGINAN tinggi untuk melakar pencapaian luar biasa menjadi kekuatan baharu buat pemain MIFA menjelang pertembungan dengan Kedah dalam Kumpulan C Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Sabtu ini.

Pengurus pasukan K Rajendran percaya walaupun diakui pasukan itu kurang pengalaman tetapi pemain sudah membuktikan kemampuan mereka untuk menyaingi pasukan lebih berpengalaman.

“Memang pemain MIFA kurang pengalaman, namun melalui dua perlawanan terdahulu, pemain dilihat mempunyai semangat yang tinggi hingga mampu menewaskan pasukan lebih berpengalaman.

“Saya yakin dan percaya prestasi terbaik yang ditunjukkan itu akan dapat dikekalkan pada pertembungan dengan Kedah, Sabtu ini dan berharap mereka dapat meneruskan misi memburu kemenangan ketiga musim ini,” katanya hari ini.

Ketika ini, MIFA mengungguli carta Kumpulan C dengan meraih enam mata diekori Johor Darul Ta[zim (JDT) di tempat kedua dengan tiga mata.

Disiarkan pada: August 16, 2018 @ 6:12pm
d