arena

Sukan baharu Sukan Asia mampu lonjak Malaysia [METROTV]

Oleh Sukan NSTP

SUKAN Asia Jakarta-Palembang secara rasmi akan disingkap tirainya esok dengan Malaysia meletakkan sasaran untuk membawa pulang tujuh pingat emas.

Antara sukan yang dijangka mampu menyumbang emas berkenaan ialah berbasikal, karate, sepak takraw dan tenpin boling.

Bagaimanapun, Malaysia turut mengambil bahagian dalam lima sukan yang dipertandingkan buat pertama kali di temasya berkenaan termasuk silat sekali gus meningkatkan jumlah kutipan pingat di Indonesia.

Malaysia turut menyertai eSports iaitu sejenis sukan demonstrasi meskipun ia tidak dikira dalam jumlah keseluruhan pungutan pingat, tetapi secara tidak langsung ia dapat meningkatkan prestij sukan itu menjelang temasya Olimpik Tokyo 2020.

Jadi, mari kita saksikan penampilan sulung sukan berkenaan membabitkan Malaysia menjelang temasya itu.

Disiarkan pada: August 17, 2018 @ 10:17am
d